Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN SEMARAKKAN BULAN RAMADHAN DENGAN MENGADAKAN TADARUS AL-QUR'AN

​Rabu, 02 Ramadhan 1445H bersamaan 13 Mac 2024M

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana di dalamnya terdapat keberkahan dimana setiap amal ibadah yang dilakukan semasa bulan mulia ini akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

IMG-20240316-WA0019.jpg 


Tadarus Al-Qur'an merupakan antara ibadah yang paling dianjurkan untuk diamalkan di bulan yang penuh keampunan ini. Di samping mempunyai fadhilat yang banyak, amalan bertadarus Al-Qur'an juga dapat mengeratkan tali silaturrahim terutama sekali apabila dilakukan secara berkumpulan.

Img.1.jpg 

Tidak ketinggalan dalam sama-sama meraih peluang di bulan mulia dan suci ini, para pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan juga turut mengadakan aktiviti bertadarus Al-Qur'an pada setiap pagi di Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan.

Attachments